Wednesday 3 February 2016

Hinduisme

Agama Hindu (disebut pula Hinduisme) merupakan agama dominan di Asia Selatan terutama di India dan Nepal yang mengandung aneka ragam tradisi. Agama ini meliputi berbagai aliran di antaranya Saiwa, Waisnawa, dan Sekte serta suatu pandangan luas akan hukum dan aturan tentang "moraliti sehari-hari" yang berdasar pada karma, darma, dan norma kemasyarakatan. Agama Hindu cenderung seperti himpunan berbagai pandangan ahli falsafah atau intelektual, daripada seperangkat keyakinan yang baku dan seragam.


Agama Hindu disebut sebagai "agama tertua" di dunia yang masih bertahan hingga kini, dan Hindu juga disebut agama Sanatana-dharma artinya "darma abadi" atau "jalan abadi" yang melampaui asal mula manusia. Agama ini menyediakan kewajiban "kekal" untuk diikuti oleh seluruh umatnya tanpa memandang strata, kasta, atau sekte seperti kejujuran, kesucian, dan pengendalian diri.

Para ahli dari Barat memandang Hinduisme sebagai peleburan atau sintesis dari berbagai tradisi dan kebudayaan di India, dengan pangkal yang beragam dan tanpa tokoh pendiri. Pangkal-pangkalnya meliputi Brahmanisme (agama Weda Kuno), agama-agama masa peradaban lembah Sungai Indus, dan tradisi tempatan yang popular. Sintesis tersebut muncul sekitar 500–200 SM, dan tumbuh berdampingan dengan agama Buddha hingga abad ke-8. Dari India Utara, "sintesis Hindu" tersebar ke selatan, hingga sebagian Asia Tenggara. Hal itu didukung oleh Sanskritisasi. Sejak abad ke-19, di bawah dominansi kolonialisme Barat serta Indologi (saat istilah "Hinduisme" mulai dipakai secara luas), agama Hindu ditegaskan kembali sebagai tempat berhimpunnya aneka tradisi yang koheren dan bebas.

Pemahaman populer tentang agama Hindu digiatkan oleh gerakan "modernisme Hindu", yang menekankan mistisisme dan persatuan tradisi Hindu. Ideologi Hindutva dan politik Hindu muncul pada abad ke-20 sebagai kekuatan politis dan jati diri bangsa India.

Praktik keagamaan Hindu meliputi ritus sehari-hari (contohnya puja [sembahyang] dan pembacaan doa), perayaan suci pada hari-hari tertentu, dan penziarahan. Kaum petapa yang disebut sadu (orang suci) memilih untuk melakukan tindakan yang lebih ekstrem daripada umat Hindu pada umumnya, iaitu melepaskan diri dari kesibukan duniawi dan melaksanakan tapa brata selama sisa hidupnya demi mencapai moksa (Tujuan Akhir Agama Hindu yaitu Bersatunya Atman dengan Sang Pencipta).
Susastra Hindu diklasifikasikan ke dalam dua kelompok: Sruti (apa yang "terdengar") dan Smerti (apa yang "diingat"). Susastra tersebut memuat teologi, filsafat, mitologi, yadnya (kurban), prosesi ritual, dan bahkan kaidah arsitektur Hindu. Kitab-kitab utama di antaranya adalah Weda, Upanishad (keduanya tergolong Sruti), Mahabharata, Ramayana, Bhagawadgita, Purana, Manusmerti, dan Agama (semuanya tergolong Smerti).

Kenali HAMKA

Tokoh dari tanah seberang ini sengaja dipilih untuk disisipkan dalam penulisan ini kerana Almarhum Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah atau dikenali sebagai Prof. Dr Hamka adalah ulama besar Nusantara yang sangat terkenal. Lebih-lebih lagi beliau berasal dari tanah Minangkabau yang mempunyai pertalian dengan masyarakat adat perpatih di Negeri Sembilan. Setiap orang di negara ini yang pernah melihat dan mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh tokoh ini pastinya merasai kerinduan yang mendalam terhadap nastolgia lampau. Penyusun sendiri tanpa sedar boleh menitiskan airmata apabila tokoh ‘idola’ ini tersedu dalam ceramah dakwahnya di kaca TV kira-kira awal tahun 1970an dahulu. Gayanya yang tersendiri dalam berdakwah amat memukau sekali bagai magnet yang boleh menyentuh hati setiap insan yang mendengar.

Latar Belakang Ulama

Pak Hamka atau Buya Hamka adalah nama istimewa yang mempunyai nilai tersendiri di persada perkembangan Islam dan dunia kesusasteraan nusantara. Hamka dari singkatan nama Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Karim. Almarhum dilahirkan di Kampung Tanah Sirah ( ada riwayat lain mengatakan di Kampung Molek), Negeri Sungai Batang Maninjau, Minangkabau pada 14 Muharram 1326H bersamaan 17 Febuari 1908. Bapanya Haji Abdul Karim Amrullah adalah ulama terkenal Minangkabau yang tersohor dan dianggap pula pembawa reformasi Islam ( kaum muda). Menariknya pula, datuk beliau adalah ulama tarekat yang bersuluk terkenal. Tuan Kisa-i ( datuk Hamka) tetap mengamal Thariqat Naqsyabandiyah, istiqamah mengikut Mazhab Syafie. Pemahaman Islam Tuan Kisa-i sama dengan pegangan ‘Kaum Tua’, tetapi pada zaman beliau istilah ‘Kaum Tua’ dan ‘Kaum Muda’ belum tersebar luas. Anak beliau, Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah, adalah seorang pelopor dan termasuk tokoh besar dalam perjuangan ‘Kaum Muda’. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah menolak amalan Thariqat Naqsyabandiyah, sekali gus menolak ikatan ‘taqlid’, tetapi lebih cenderung kepada pemikiran Syeikh Muhammad Abduh. Manakala ibunya pula bernama Siti Safiyah Binti Gelanggar yang bergelar Bagindo nan Batuah.

Menurut sejarahnya, bapa beliau pernah dibuang daerah oleh penjajah Belanda ke Sukabumi dalam tahun 1941 lantaran fatwa beliau yang dianggap membahayakan penjajah dan keselamatan umum. Haji Abdul Karim adalah tuan guru kepada Sheikh Haji Ahmad Jelebu[1] yang riwayat hidupnya turut disajikan dalam koleksi ini. Beliau meninggal dunia pada 21 Jun 1945.

Pendidikan

Hamka mendapat pendidikan awal agama dari Madrasah Tawalib yang didirikan oleh bapanya. Masa kecilnya, seperti kanak-kanak lain beliau juga dikatakan lasak dan nakal. Ini diceritakan sendiri oleh Sheikh Haji Ahmad Jelebu bahawa Hamka pernah menyimbah air kepada penuntut lain semasa mengambil wuduk. Selepas itu beliau berguru pula kepada Sheikh Ibrahim Musa di Bukit Tinggi. Dalam tahun 1924, Hamka berhijrah ke Jawa sempat menuntut pula kepada pemimpin gerakan Islam Indonesia seperti Haji Omar Said Chakraminoto. Lain-lain gurunya ialah Haji Fakharudin, Ki Bagus, Hadi Kesumo dan iparnya sendiri Rashid Sultan Mansur.

Kerjaya Hidup

Hamka telah menyertai Gerakan Muhamadiah dan menerajui kepimpinan pertubuhan itu di Padang Panjang tahun 1928. Hamka bergiat aktif bagi menentang gejala khurafat, bidaah dan kebatinan sesat di sana. Beliau menubuhkan Madrasah Mubalighin pada 1929 dan dua berikutnya, Pak Hamka berpindah pula ke Kota Makasar, Sulawesi untuk menjadi pimpinan Muhamadiah.


Keilmuan dan ketokohan yang ada pada beliau mendorong beberapa buah universiti mengambilnya sebagai pensyarah dalam bidang agama dan falsafah. Antara universiti itu ialah Universiti Islam Jakarta, Universiti Mohamadiah Sumatera Barat, Universiti Islam Pemerintah di Jogjakarta dan Universiti Islam Makasar. Bagi mengiktiraf keilmuannya, Universiti Al Azhar, Mesir telah menganugerahkan Doktor Kehormat dalam tahun 1958 dan beliau turut menerima ijazah Doktor Persuratan UKM pada 7 Jun 1974.

Novel-novel dan kitab-kitab
Keistimewaan Pak Hamka ialah kebolehannya menulis novel dan menghasilkan kitab-kitab agama yang terkenal. Berikut ialah beberapa buah buku karangan tersebut:

a. Novel
Tenggelamnya Kapal Vanderwick

Dalam Lembah kehidupan
Di Bawah Lindungan Kaabah
Kenangan Hidup
Merantau Ke Deli
Ayahku
Laila Majnun
Siti Sabariah


b. Kitab Agama dan Falsafah
Tafsir Al Azhar ( 30 Juz)

Khatib Ul Ummah ( 1925)
Tarikh Abu Bakar As Sidiq
Ringkasan Tarikh Umat Islam
Islam dan Adat Minangkabau
Tasawuf Moden
Falsafah Hidup
Lembaga Hidup
Lembaga Budi


c. Majalah
Kemahuan Zaman ( 1929)

Al Mahdi ( 1933)
Pendoman Masyarakat ( 1936 – 1942)
Semangat Islam ( 1944- 1948)
Menara ( 1946-1948)
Panji Masyarakat ( 1959)

Muhd Izzaidi : 20/12/15

Thursday 28 May 2015

Bertanyakah kita? Lalu untuk apa?


Semalam aku hadir satu wacana yang bincang tentang Anugerah Pelajaran Diraja. Satu anugerah yang mengiktiraf pelajar universiti bagi yang cemerlang, atau bahasa mudahnya “ anugerah best student”. Bagi kebanyakan orang, anugerah ini sebagai pengiktirafan tertinggi universiti kepada mahasiswa. Anugerah teragung, anugerah yang pastinya orang pandang. Namun bukan itu yang aku mahu sembangkan. Mungkin sebab ia bukanlah matlamat atau misi aku berada di sini. Seperti biasa, setiap wacana pasti ada slot QnA dan aku cuba mengambil bahagian. Walau tidak banyak ruang soalan yang di berikan atas faktor waktu, aku berjaya mencelah. Soalan ditanya, lalu yang ditujukan menjawab sempurna. Aku Cuma terfikir satu perkara, “apa erti kita bertanya?”

Aku jadi loya bila moderator memerli dengan berkata, “kadang-kadang orang yang bertanya ini mahukan populariti”. Lalu loya itu mahu aku muntahkan dalam tulisan kali ini. Aku yakin bukanlah sirius mana dengan apa yang diperlikan itu. Moderator malam itu bukan calang orangnya. Selalu di TV atau tulisannya menghiasi surat khabar. Ada  pula seperti mengatakan, “kadang-kadang orang bertanya keranan mahu jadi hebat”. Maka aku sambut dengan mengatakan “ya!” tanpa ada sedikit pun penafian.

Bertanya untuk hebat?

Bertanya untuk hebat!. Itulah matlamat orang yang bertanya. Imbas kembali pada era kegemilangan falsafah awal yunani di mana Plato telah menubuhkan sekolah pertama yang hanya bermula di bawah pokok yang redang. Lalu menamakanya Academia. Apa yang lebih fundamental untuk ditekuni adalah pada asas metodologi pendidikannya ketika itu. Jika anda membaca tulisan-tulisan tentang Academia, Plato memulakannya sesi pembelajaran dengan meminta pelajar melontarkan persoalan. Lalu dengan kepakaran falsafahnya, beliau menjawab persoalan itu seperti yang diperlukan. Maka sejarah melaungkan, Academia telah mencetuskan sistem pendidikan yang hebat sesuai dengan namanya.

Tekuni juga ketika mana baginda Nabi SAW  menyampaikan Islam kepada masyarakat. Dalam sedar atau tidur ini, banyak pelajaran tentang kehidupan atau ibadat yang kita terima riwayatnya berpunca dari pertanyaan oleh para sahabat yang mulia. Mereka tidak malu atau muak bertanya dalam banyak perkara. Buktinya, banyak hadis yang bermula dengan soalan atau menggunakan kata Tanya “ayyu?” atau apakah?. Misalnya :

عن عبد الله بن مسعود قال: سألت النبي صلى الله عليه وسلم : أي العمل أحب إلى الله ؟ قال : الصلاة على وقتها  . قال : ثم أي ؟ قال : ثم بر الوالدين  . قال : ثم أي ؟ قال : الجهاد في سبيل الله  . قال : حدثني بهن ، ولو استزدته لزادني

Maksudnya: Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W), Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala: Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah?

Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa, Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah, Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)


Ditelusuri pula zaman bangkitnya sebuah gerakan nasionalis Indonesia yang dipimpin Kiai Haji Ahmad Dahlan yang menubuhkan gerakan Muhammadiyah. Orang yang sama juga telah menggerakkan tajdid menghapus bid’aah dan khurafat di sana. Konsep pendidikannya juga sama dengan apa yang dilakukan Plato di Academia. “Pengajian ini, kalian yang tentukan, dimulai dengan bertanya”. Ya!.Siapa yang menonton filem Sang Pencerah pasti dapat menangkap baik dialog ini. Kata-kata yang dituturkan Kiai Haji Ahmad Dahlan kepada sekumpulan pemuda ketika mana mereka datang untuk belajar agama bersama tokoh nasionalis Indonesia itu.

Maka lihatlah, tiga institusi ini dicoretkan dalam sejarah. Manyaksikan perkembangan ilmu yang harum sehingga menjadi panduan bagi yang mencintainya. Itulah, yang aku katakan bertanya untuk hebat. Orang yang hebat itu adalah orang yang tahu. Pengetahuan adalah matlamat awal pada sebuah pertanyaan. Ramai orang yang bertanya bukan untuk dirinya supaya tahu. Siapa yang membaca kisah Imam Hassan Al-basri , pasti dapat merasakan beliau adalah “penyoal” yang baik. Seorang alim yang hidup di zaman seorang serikandi Islam, Rabiatul Adawiyyah. Imam Hassan Al-basri ketika memberikan soalan,tujuannya untuk benar-benar tahu, adapun pada perkara yang kecil dalam setiap sapanya. Bacalah kisahnya. Nanti kamu jatuh cinta!

Mengawal situasi

Dari kemurnian kisah Imam Hassan Al-basri ini, dapat aku katakan ada lagi keindahannya dari sudut yang lain. Ya..tentang penguasaan soalan atau pertanyaan. Aku katakan, pertanyaan juga perlukan ilmu. Terutama dari sudut penguasaan situasi. Penyoal perlu kuasai perbincangan. Ketika telah masuk dalam lingkungan isu, maka apa saja yang kita perlu atau ingin tahu pasti dapat dikeluarkan . Jangan sampai jadi orang yang tidak tahu apa yang kita tidak tahu. Carilah juga kualiti dalam memberikan soalan. Lebih baik, ia memberi manfaat kepada yang lain.

عَنِ جابر، رَضِيَ الله عَنْهُمَا، قَالَ : قال رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم: خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Maksudnya: “Jabir radhiyallau ‘anhuma bercerita bahwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.”

(Hadis dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’)

Manfaat dan kebaikan dalam bertanya padalah penting. Janganlah kita banyak bertanyakan pada soalan yang tidak perlu. Anda pasti lalui pengalaman ini. Yang bertanya harus tahu keperluan soalanya itu pada diri. Contohilah Imam Hassan Al-basri dalam bertanya. Begitulah murninya tenunan tarbiah Rasulullah SAW. Halus dan berkualiti. Allah Azzawajalla merekodkan di dalam Al-quran bagaimana kisah Bani Israil yang banyak bertanyakan kepada Nabi Musa a.s dengan soalan-soalan yang remeh dan picisan.

وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تَذْبَحُوا بَقَرَةً قَالُوا أَتَتَّخِذُنَا هُزُوًا قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ (67) قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّنْ لَنَا مَا هِيَ قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لَا فَارِضٌ وَلَا بِكْرٌ عَوَانٌ بَيْنَ ذَلِكَ فَافْعَلُوا مَا تُؤْمَرُونَ (68) قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّنْ لَنَا مَا لَوْنُهَا قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ صَفْرَاءُ فَاقِعٌ لَوْنُهَا تَسُرُّ النَّاظِرِينَ (69) قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّنْ لَنَا مَا هِيَ إِنَّ الْبَقَرَ تَشَابَهَ عَلَيْنَا وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَمُهْتَدُونَ (70) قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لَا ذَلُولٌ تُثِيرُ الْأَرْضَ وَلَا تَسْقِي الْحَرْثَ مُسَلَّمَةٌ لَا شِيَةَ فِيهَا قَالُوا الْآنَ جِئْتَ بِالْحَقِّ فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا يَفْعَلُونَ (71) وَإِذْ قَتَلْتُمْ نَفْسًا فَادَّارَأْتُمْ فِيهَا وَاللَّهُ مُخْرِجٌ مَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ (72) فَقُلْنَا اضْرِبُوهُ بِبَعْضِهَا كَذَلِكَ يُحْيِ اللَّهُ الْمَوْتَى وَيُرِيكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ (73)


”Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya:”Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor sapi betina”. Mereka berkata:”Apakah kamu hendak menjadikan kami buah ejekan?”. Musa menjawab:”Aku berlindung kepada Allah sekiranya menjadi seorang dari orang-orang yang jahil”. Mereka menjawab:”Mohonkanlah kepada Rabb-mu untuk kami, agar dia menerangkan kepada kami, sapi betina apakah itu?”. Musa menjawab:”sesungguhnya Allah berfirman bahwa sapi betina itu adalah sapi yang tidak tua dan tidak muda; pertengahan antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu”. Mereka berkata:”Mohonkanlah kepada Rabb-mu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami apa warnanya”. Musa menjawab:”Sesungguhnya Allah berfirman bahwa sapi betina itu adalah sapi betina yang kuning, yang kuning tua warnanya, lagi menyenangkan orang-orang yang memandangnya”. Mereka berkata:”Mohonkanlah kepada Rabb-mu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami bagaimana hakikat sapi betina itu, karena sesungguhnya sapi itu (masih) samar bagi kami dan sesungguhnya kami insya Allah akan mendapat petunjuk”.Musa berkata:”Sesungguhnya Allah berfirman bahwa sapi betina itu adalah sapi betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak bercacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata:”Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu. Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia lalu kamu saling tuduh-menuduh tentang itu. Dan Allah hendak menyingkapkan apa yang selama ini kamu sembunyikan. Lalu Kami berfirman:”Pukullah mayat itu dengan sebagian anggota sapi betina itu!”. Demikianlah Allah menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kekuasaan-Nya agar kamu mengerti.”

(QS. Al-Baqarah: 67-73)

Ibnu Katsir menyebutkan di dalam tafsirnya:
“Ibnu ‘Abbas radhiyallahu’anhuma, ‘Ubaidah, Mujahid, ‘Ikrimah, rahimahumullah dan beberapa ulama lainnya mengatakan:”Seandainya mereka langsung mencari sapi betina bagaimanapun wujudnya dan segera menyembelihnya, niscaya telah tercapai tujuan yang dimaksud, tetapi mereka mempersulit diri mereka sendiri.”

Kisah yang terdapat dalam Al-Quran serta penjelasannya yang tertera pada tafsir surat Al-Baqarah ayat 67- 73 ini merupakan sebab penamaan surah Al-Baqarah. Di dalam kisah ini terkandung jelas bagaimana sifat Bani Israil. Karakter yang sangat jelas adalah pembangkangannya terhadap Nabi Musa a.s ketika mereka meminta Nabi Musa untuk bertanya kepada Rabb-Nya agar mereka tahu siapa pembunuh lelaki mandul dan kaya raya. Allah SWT berfirman agar mereka menyembelih seekor sapi betina sebagai jawapan dari pertanyaan mereka. Namun mereka hairan atas jawapan itu dan dengan beraninya mereka berkata: Apakah kamu hendak menjadikan kami buah ejekan?”. Keengganan mereka terhadap perintah ini membuat mereka terus bertanya bagaimana sapi yang harus disembelih itu. Maka lihatlah, Kualitinya tidak ada dan tidak mendatangkan manfaat kepada mereka atau Nabi Musa a.s sendiri. Lalu Nabi SAW ada menyebutkan :

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوْا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , dia berkata: "Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,'Apa saja yang aku larang terhadap kalian, maka jauhilah. Dan apa saja yang aku perintahkan kepada kalian, maka kerjakanlah semampu kalian. Sesungguhnya apa yang membinasakan umat sebelum kalian hanyalah karena mereka banyak bertanya dan menyelisihi Nabi-nabi mereka'."

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Maka bertanyalah untuk manfaat!

Carilah ahlinya

Dari satu sudut yang penting juga adalah kepada siapa soalan itu ditanyakan. Pantasnya dunia seiring teknologi yang mengkagumkan turut memberi kesan. Kini, apa saja edaran di whatsapp, lantas pantas jari mencari butang “forward”. Isu berkembang dan pasti ada saja debat murahan. Ditanya pula sesuatu isu pada yang bukan ahli. Hanya rancak sang pahlawan berpeluru aksara. Berbekal carian google yang entah tentu sohihnya disemak diteliti. Aku tidak nafikan benyak manfaat atau ilmu yang boleh digali dari sana. Tapi lupakah kita pesan Allah yang Maha Tahu itu untuk menyelidik terlebih dahulu?. Maka bertanyalah pada ahli yang menguasai bidang yang diperbincangkan. Kadang kita terus menembak rancak. Sedangkan argumen-argumennya belum mantap diperolehi. Allah Azzawajall telah pandukan kita dengan pesannya yang Maha Mulia:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

Bertanyalah kepada ahli ilmu jika engkau tidak tahu

 (QS. An Nahl: 43)

Maka itulah sebenarnya, bertanyalah untuk menjadi orang yang tahu sebagai bekalan dalam memberi manusia lain turut tahu. Sebagai penyebar manfaat antara insan, jadilah teko yang sentiasa menadah, dan carilah juga cawan lalu isi kehausannya. Jangan juga lupa sebelum dituangkan, pastikan tekonya berisi. supaya kehebatan dapat dikongsi. Ketahuliah kita, hikayat orang-orang hebat itu adalah orang yang memberontak mencari kebenaran lalu menyebarkanya. Namun matlamatnya harus hanya pada pandangan Tuhan. Kerana segala kehebatan itu milik yang Menciptakan. Ketahuilah juga, ilmu itu penyelamat kita dari kejahilan dan hanya berguna apabila ia bermanfaat.


Semoga Allah Azzaajalla merahmati kita dalam apa saja yang kita lakukan. Sebenarnya rasa sedikit terubat. Rindu untuk menulis lagi. Banyak tulis sendiri. Belum sedia diberi kongsi. Terlalu lama "Spiderman" meneliti ruang di blog Jiwabuku. Mana tahu boleh bina rumah katanya. Adalah kecewa sedikit bila dapat tahu banyak artikel lama hilang. Aku pun tidak tahu apa punca. Mungkin rajuknya bila sudah lama tidak bertemu kawan-kawan aksara. Namun perjuangan harus kita rancangkan dengan penuh prinsip dan cita-cita. Segala kebaikan milik Tuhan yang Maha Mulia, maka marilah kita jadi orang yang dekat dengan-Nya.

Muhd Izzaidi : 28/5/15